Mohamed Morsi
Mohamed Morsi

Mohamed Morsi

Mohamed Morsi[nota 1] (/ˈmɔːrsi/; Bahasa Arab: محمد محمد مرسي عيسى العياط‎, ALA-LC: Muḥammad Muḥammad Mursī ʿĪsā al-ʿAyyāṭ, IPA: [mæˈħæmmæd mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ (ʔe)l.ʕɑjˈjɑːtˤ]; lahir pada 20 Ogos 1951 - 17 Jun 2019) ialah ahli politik Mesir dan Presiden Mesir yang kelima, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir[6] antara 2012 dan 2013. Beliau digulingkan oleh tentera pimpinan Ketua Tentera Mesir , Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau Kemudian menjadi Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, di mana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Gerakan Ikhwanul Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012.[7] Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada pilihan raya presiden Mesir 2012. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[8] Seperti dijanjikan dalam kempennya, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua FJP selepas menjadi Presiden.[9] Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan tersebut.Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden. Ini diikuti ugutan tentera bahawa ia akan masuk campur sekiranya tuntutan pembantah tidak dipenuhi selewat-lewatnya 3 Julai.[10] Rancangan tentera termasuklah menggantung perlembagaan, membubarkan parlimen, dan membentuk pentadbiran baharu yang diketuai oleh hakim besar.[11] Morsi diumumkan digulingkan pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi[12]

Mohamed Morsi

Lahir Mohamed Morsi Isa al-Ayyat
(1951-08-20) 20 Ogos 1951 (umur 68)
Sharqia, Mesir
Didahului oleh No'man Gomaa
Tandatangan
Alma mater Universiti Kaherah
Universiti California Selatan
Pasangan Najla Ali Mahmoud (sejak 1979)
Digantikan oleh Mahmoud Abaza
Parti politik (1) Parti Kebebasan dan Keadilan (2011–2012)[3]
(2) Bebas (2012–2019)
Profesion Pensyarah
Sekutu gabunganpolitik lain Ikhwanul Muslimin (1991–2012)
Anak-anak
  • Ahmed
  • Alshaimaa
  • Osama
  • Omar
  • Abdullah
Meninggal dunia 17 Jun 2019
Perdana Menteri (1) Kamal Ganzouri
(2) Hesham Qandil
Naib Presiden Mahmoud Mekki

Rujukan

WikiPedia: Mohamed Morsi http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/08/2... http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/12/2... http://edition.cnn.com/2013/07/01/world/meast/egyp... http://www.egyptindependent.com/news/morsy-demands... http://www.foxnews.com/world/2012/06/24/egypt-brac... http://abcnews.go.com/International/wireStory/rall... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5... http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID... http://www.nytimes.com/2012/06/25/world/middleeast...